Kategori Berita Utama

Cadangan penambahbaikan hadapi banjir sudah diterima – Najib

18 JAN: Kabinet telah menerima cadangan penambahbaikan bagi menghadapi banjir daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara termasuk berkaitan sistem amaran awal dan projek tebatan banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan, Sabtu.

Selaras dengan cadangan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meminta Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan teknologi terkini lagi canggih bagi memastikan sistem pengurusan banjir negara lebih cekap dan berkesan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat peralatan elektrik yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir sambil diperhatikan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan, Sabtu.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat peralatan elektrik yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir sambil diperhatikan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan, Sabtu.

“Kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan membina tebatan banjir di kawasan banjir iaitu di Kemaman (Terengganu) yang melibatkan kos RM480 juta dan di Sungai Isap (Kuantan) sebanyak RM700 juta.

“Selain itu aset-aset tambahan seperti bot dan trak yang berkeupayaan tinggi untuk masuk ke kawasan banjir juga akan dipertimbangkan kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan peringkat Parlimen Pekan hari ini.

Perdana Menteri Datruk Seri Najib Tun Razak bersalaman dan menyampaikan bantuan kepada seorang daripada 1,054 mangsa banjir peringkat daerah Pekan pada Sabtu.

Perdana Menteri bersalaman dan menyampaikan bantuan kepada seorang daripada 1,054 mangsa banjir peringkat daerah Pekan pada Sabtu.

Selain itu, Najib berkata kerajaan akan berikhtiar mencari dana tambahan bagi meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan harta benda dalam bencana itu bulan lalu.

Beliau mengulangi kenyataan bahawa kerajaan sedar bantuan khas sebanyak RM500 tidak dapat menampung kemusnahan barangan yang dialami mereka.

“Kita sedar tentang perkara itu dan kerajaan berusaha mencari dana tambahan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan berupa tilam, bantal, peti sejuk dan televisyen kepada mangsa terlibat.

“Setiap keluarga terlibat akan menerima sumbangan tersebut dan diharap dapat meringankan beban mereka, ” katanya dalam majlis yang berlangsung di Institut Kemahiran Mara Pekan.

“Kerajaan amat prihatin dan akan gunakan pelbagai sumber untuk memberi kelegaan kepada mangsa banjir,” kata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir Parlimen Pekan.

Seramai 1,054 mangsa banjir di kawasan Parlimen Pekan menerima bantuan yang disampaikan oleh Perdana Menteri hari ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2014 12:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: