Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

64,000 anggota PDRM siap hadapi PRU14

17 JAN: Seramai 64,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di seluruh pusat mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata secara keseluruhan, pihaknya sudah bersedia dari segi peralatan dan latihan untuk berhadapan pilihan raya.

“PDRM akan menggunakan kekuatan pegawai dan anggotanya secara maksimum bagi memastikan kelancaran PRU14 dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Selain itu, kita juga tidak menjangkakan apa-apa masalah pada hari penamaan calon dan tempoh berkempen di mana PDRM sudah menjalankan latihan sewajar,” katanya di Johor Bahru hari ini.

Zulkifli berkata, PDRM juga akan menggunakan 5,000 anggota Pasukan Sukarelawan Polis, namun, mereka tidak bertugas di pusat mengundi sebaliknya bertugas di balai polis menggantikan anggota yang keluar menjaga pusat mengundi.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa pusingan kedua latih amal PDRM menjelang PRU14 akan dijalankan awal bulan depan.

“Saya percaya dengan adanya latih amal kedua ini, kita dapat menentukan PDRM lebih mantap menangani apa juga situas,” kata Zulkifli.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 January 2018 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: