Kategori Berita Utama

Kalimah Allah: Kembali kepada keputusan asal dan perlu tegas – Tun Dr M

24 JAN: Kalimah Allah perlu kekal menjadi hak eksklusif umat Islam, tegas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Beliau yang ditemui di Forum Kebangsaaan Hak Asasi Kemanusiaan yang diadakan di Pusat Islam pada Jumaat menjelaskan kalimah Allah sudah termaktub buat umat Islam dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi bagi mengelakkan ketegangan kaum dan permusuhan agama dalam negara ini.

KERAJAAN perlu kembali kepada keputusan asal Kabinet dan bersikap tegas begi elak kekeliruan yang boleh cetus sengketa - Tun Dr Mahathir.

KERAJAAN perlu kembali kepada keputusan asal Kabinet dan bersikap tegas begi elak kekeliruan yang boleh cetus sengketa – Tun Dr Mahathir. Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar

“Saya berpendapat bahawa Kalimah Allah memang hak orang Islam dan bukan hak orang bukan Islam, sebelum kedatangan Islam perkataan Allah tidak ada sama sekali di dalam bible, dalam mana-mana bible dan apa bahasa sekali pun, hanya selepas kedatangan Islam barulah ada kegunaan perkataan Kalimah Allah,” katanya di dalam sidang media program tersebut, Jumaat.

Beliau turut menyarankan kerajaan bertindak dengan lebih tegas untuk kembali menggunapakai keputusan asal Kabinet ketika beliau menjadi ketua Kerajaan yang membenarkan kalimah Allah hanya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Ketika itu, kata Dr Mahathir, tidak pernah timbul kecelaruan seperti yang sedang dihadapi sekarang manakala rakyat hidup aman damai tanpa persengketaan berhubung ketetapan tersebut.

“Ada juga (pada zaman pemerintahan saya yang ingin menggunakan kalimah Allah), kita berpendapat sebagai satu penyelesaian bahawa mereka yang Kristian di Sabah dan Sarawak yang berbahasa Melayu, mereka boleh guna dan kita tidak sekat, tetapi tidak perlu datang ke Semenanjung.

“Kerana di sini kita tidak ada orang yang hari-hari guna Bahasa Melayu yang beragama Kristian, semua orang yang guna bahasa Melayu di Malaysia ini orang Islam, jadi apa perlunya kita bawa penggunaan kalimah Allah (oleh orang Kristian) ke Semenanjung.

“Kerajaan perlu berusaha untuk mengembalikan kepada keputusan yang asal iaitu hanya terhad kepada Sabah dan Sarawak, itupun di kalangan orang yang beragama Kristian sahaja,” jelasnya lagi.

Penerangan yang jelas serta sikap yang tegas perlu dalam kendalikan isu kalimah Allah serta pengedaran Bible dalam Bahasa Melayu.

Penerangan yang jelas serta sikap yang tegas perlu dalam kendalikan isu kalimah Allah serta pengedaran Bible dalam Bahasa Melayu.

“Beliau menggesa kerajaan bertindak lebih bijak dan pantas bagi mengelakkan isu ini terus dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan-tujuan tertentu.

“Dulu di zaman British dahulu, British dilarang untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan orang Islam, jadi tidak ada masalah diantara Kristian dan Islam, tapi sekarang ini ada percubaan dan percubaan ini menimbulkan kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat kita, apa sebenarnya niat mereka, nak mengembangkan agama atau nak merosakkan masyarakat?

“Dan ini ialah untuk pihak tertentu menagih orang Islam supaya menerima agama Kristian, jadi kita di sini begitu lama tidak ada masalah dengan orang Kristian, tak ada masalah langsung dan kita hidup degan mereka, kita pegang kepada ajaran Islam dan kepada mereka agama mereka kepada kita agama kita,” tambah beliau.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah turut bertitah menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

Baginda menyeru rakyat pelbagai kaum agar menghormati hak tersebut bagi menjamin kestabilan serta keharmonian di Malaysia terus terpelihara.

Sementara itu, di dalam ucaptamanya di program tersebut, Dr Mahathir turut menyentuh berhubung isu perjuangan hak asasi manusia yang dibawa oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaaan Hak Asasi Kemanusiaan pada Jumaat.-Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar.

Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaaan Hak Asasi Kemanusiaan pada Jumaat.-Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar.

Menurut beliau, dalam apa juga keadaan perlu ada keterbatasan bagi mengelakkan ianya melangkaui nilai-nilai kehidupan manusia seperti yang ditetapkan Allah swt.

Beliau turut melihat, rakyat negara ini dilanda budaya Barat sehingga mengenepikan agama, budaya dan adat sehingga berani membawa tuntutan seperti yang dibawa Comango.

“Agama sudah diketepikan, budaya sudah diketepikan, dan adat juga sudah diketepikan. Yang diutamakan ialah hak asasi sehingga sudah sampai kepada tahap yang mana lelaki khawin dengan lelaki, hidup bersama dalam satu bumbung kononya keluarga.

“Jadi segala-gala yang kita anggap sebagai nilai hidup adat dan agama kita sudah diketepikan kerana pengaruh Barat ini begitu kuat sekali dan kita lihat orang Islam sekarang ini agak terima keadaan yang dulu dianggap haram.

“Inilah yang mengancam masyarakat kita sekarang ini, dan kita dapati dikalnagan kita pun ada yang sudah terima dan menyertai satu persidangan di Switzerland untuk memujuk supaya negara kita terima (perkhawinan songsang), kerana negara yang tidak menerima perkhawinan sama jantina ini dianggap kolot, tidak moden dan tidak mengikuti cara hidup baru,” katanya di dalam majlis tersebut, Jumaat.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2014 4:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: