Kategori Berita Utama

67,000 pemandu teksi terima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

13 APRIL: Seramai 67 ribu pemandu teksi menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia dimana kad tersebut mengandungi nilai sebanyak RM800.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pemberian tersebut adalah berikutan kos bahan api yang merupakan satu komponen utama dalam pengoperasian teksi.

Berikutan itu pada 14 Mac lalu, jelas Najib lagi kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan khas tersebut bagi menghargai peranan
pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan sistem pengangkutan awam darat negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar dengan sebahagian wakil pemandu teksi Malaysia yang menerima replika Kad bantuan Teksi 1Malaysia pada Majlis penyampaian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Maeps, Serdang

“Kerajaan akan menyampaikan Kad Bantuan 1Malaysia kepada kira-kira 67 ribu pemandu teksi di seluruh Malaysia dan setiap kad ini mengandungi nilai sebanyak RM800. Kad ini akan diagihkan SPAD dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

“Bagi tujuan menzahirkan insiatif ini, kerajaan telah meluluskan dana sebanyak RM53.6 juta. Kad ini boleh diguna untuk mengisikan teksi dengan NGV, atau petrol di stesen-stesen minyak Petronas,” katanya ketika berucap di hadapan 10 ribu pemandu teksi yang hadir dari seluruh negara di Serdang, Jumaat.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Isa Samad.

Turut mendapat sorakan daripada seluruh pemandu teksi tersebut, apabila Perdana Menteri mengumumkan yang kad tersebut boleh diambil sebaik sahaja program selesai.

Selain itu jelas Najib pemandu teksi turut mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000.

Dalam pada itu kerajaan turut memutuskan yang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan diberi kepada pemandu teksi yang sebelum ini dikatakan tidak layak menerima bantuan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis penyampaian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Maeps, Serdang

“Dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan agar semua pemandu teksi di seluruh negara yang layak memohon BR1M, akan menerima kelulusan secara automatik.

“Ini kerana kita sedar kehidupan sebagai pemandu teksi bukan senang, oleh itu sebagai kerajaan yang prihatin dengan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, dan BR1M saya umumkan pada hari ini, kebajikan pemandu teksi sedikit sebanyak akan terbela,” ujarnya lagi.

Menurut Perdana Menteri lagi, pihaknya akan sentiasa berterusan mencari jalan agar kualiti kehidupan pemandu teksi dapat dipertingkat menjadi lebih selesa. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 5:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: