Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

7.5j rakyat dapat BR1M tahun ini

25 FEB: Seramai 7.5 juta rakyat Malaysia layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk tahun ini, kata Perdana Menteri.

Pemberian BR1M kali ini akan diagihkan mulai esok, pada bulan Jun dan Ogos.

Datuk Seri Najib Razak berkata, dalam tempoh lima tahun lagi bantuan itu akan dinaikkan menjadi RM1,200.

Individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah akan menerima bayaran sebanyak RM450 pada bulan Februari.

Manakala isi rumah bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 akan menerima RM300 masing-masing pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah pula menerima RM1,200 dengan bayaran RM400 dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan.

Perdana Menteri berkata, BR1M telah merangsang pembangunan pertumbuhan domestik, sejajar dengan asas pemberian bantuan itu untuk mengembangkan ekonomi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2018 11:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: