Kategori Berita Utama

7 mangsa bot karam masih hilang, operasi mencari sambung esok

18 JAN :  Seorang lagi mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa, Sarawak berjaya diselamatkan kira-kira jam 8 malam tadi.

Berikutan penemuan itu, bilangan mangsa yang masih hilang adalah tujuh orang manakala mangsa yang disahkan meninggal dunia kekal tiga orang.

botkaram

Mangsa terselamat menerima rawatan di hospital

botkaram2

mayat tiga mangsa bot karam yang sudah ditemui

Ketiga-tiga mangsa yang terkorban ditemui selepas kejadian tengah hari tadi manakala 16 lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam jam 1.40 tengah hari tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok.

Menurut jurucakap Pusat Aduan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada jam  1.52 tengah hari sebelum empat anggota diketuai seorang pegawai berserta sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot dari Balai Bomba Mukah digegaskan ke lokasi kejadian.

Di Semenanjung Malaysia pula, lima dikhuatiri lemas di Pantai Keracut, Teluk Bahang, Pulau Pinang, manakala tiga lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu.

Menurut sumber polis, tiga mangsa itu berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi kejadian.

(foto Twitter MyBujangSenang)

Mangsa ditemui mati:-botkaram3
1. Melati Jeraie.
2. Sekiah Kipli.
3. Merah Morni.

Mangsa yang masih hilang:-
1. Borhan Bordan.
2. Riji Dalol.
3. Mahdani Akim.
4. Abu Bakar Mahli.
5. Kalsum Mat.
6. Ebong Rais.
7. Nur Abdullahbotkaram4

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2014 10:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: