Kategori Berita Antarabangsa

7 peminat bola sepak maut ditembak

29 JAN: Sekurang-kurangnya tujuh orang yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah rumah di Monterrey, sebuah hab perindustrian di timur laut Mexico, maut ditembak.

Sumber berkata insiden terbaharu itu menambah angka pembunuhan membabitkan penonton pertandingan bola sepak di negara terbabit yang mencatatkan 25,000 kematian tahun lalu.

Ia mencecah rekod tertinggi dalam tempoh dua dekad.

Dalam serangan itu, empat penyerang bersenjata memakai hud memasuki rumah di bandar raya itu dan mengancam 20 orang yang sedang menonton perlawanan bola sepak, kata sumber di pejabat pendakwa raya.

Sebahagiannya diarah ke bilik air dan ditembak, kata sumber yang memetik kenyataan saksi.

Seperti kebanyakan daerah lain di Mexico, Monterrey berhadapan keganasan berkaitan dadah sejak beberapa tahun ini.

Pada 2006, kerajaan melancarkan operasi antidadah yang disifatkan pengkritik cuma membawa kepada lebih banyak pembunuhan dan serangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 8:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: