Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

7 penguatkuasa MPK dicekup SPRM

14 MAC: Seramai tujuh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan meminta serta menerima sogokan daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di daerah itu.

Kesemua lelaki berusia 31 hingga 42 tahun itu diberkas selepas hadir di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Laporan sebuah portal berita memetik sumber yang memaklumkan bahawa dalam kejadian pada 21 Oktober tahun lalu, penguat kuasa terbabit melakukan pemeriksaan ke atas premis terbabit dan meminta wang sogokan sebanyak RM1,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim dilaporkan mengesahkan penahanan penguat kuasa terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kesemua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Klang esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 8:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: