Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

7 suspek penganas diberkas

24 MAC: Tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti kegananasan serta merancang melancarkan serangan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, antara 27 Februari hingga 15 Mac lalu, operasi dijalankan di Sabah dan Johor yang membawa kepada penahanan individu terbabit.

“Tangkapan di Johor membabitkan enam suspek warganegara Malaysia dari sel kumpulan pengganas Daesh yang merancang menyerang rumah ibadat bukan Islam dan merancang untuk menculik serta membunuh anggota polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penahanan pertama adalah pada 27 Februari lalu melibatkan tiga suspek berusia antara 30 hingga 49 tahun.

“Salah seorangnya iaitu lelaki berusia 49 bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta adalah perancang utama rancangan serangan itu, manakala suspek kedua berusia 49 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan berperanan sebagai penasihat.

“Sementara suspek ketiga berusia 30 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan berperanan mengurus pembelian senjata api dari negara jiran dan membuat tugas meninjau sasaran serangan sekitar Johor,” katanya.

Tambah Fuzi berkata, kesemua mereka merancang untuk melarikan diri ke negara jiran bagi mendapatkan perlindungan dengan kumpulan pengganas sebaik berjaya melancarkan serangan.

Beliau berkata, operasi susulan pada antara 28 Februari hingga 1 Mac berjaya menahan tiga lagi suspek mambabitkan seorang pelayan cafe berusia 25 tahun yang menerima arahan daripada suspek pertama dan ketiga untuk menculik dan membunuh anggota polis.

“Penahanan seterusnya membabitkan dua suspek yang bekerja sebagai tukang cuci di Singapura dan seorang lagi berumur 23 tahun bertindak sebagai orang perantaraan urusan jual beli senjata. Seorang lagi berusia 22 tahun yang juga rakan sekerja suspek ditahan bagu membantu siasatan polis,” kata Fuzi.

Tambahnya, operasi di Sabah pada 15 Mac berjaya memberkas seorang lelaki warganega Filipina berusia 31 tahun yang juga anggota kumpulan pengganas, Abu Sayyaf.

“Suspek anggota kanan kepada Furuji Indama iaitu Ketua Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf di Basilan, Selatan Filipina, dia juga mempunyai hubungan dengan Dr Mahmud Ahmad pengganas rakyat Malaysia.

Kesemua suspek disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 9:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: