Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

8.9 Mbps purata kelajuan internet Malaysia

1 JUN: Purata kelajuan sambungan Internet Malaysia berada di ranking kesepuluh terpantas di Asia Pasifik, lapor penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, AKAMAI.

Menerusi laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 itu, Malaysia bagaimanapun mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.

“Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun,” menurut AKAMAI dalam satu kenyataan, Khamis.

Menurut laporan itu lagi, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura mempunyai purata kelajuan sambungan terpantas melebihi 100 Mbps, manakala 12 negara Asia Pasifik yang dikaji menunjukkan purata kelajuan di atas 50 Mbps, kecuali China, Filipina dan India.

Bagaimanapun Singapura terus mendahului rantau itu dan dunia dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: