Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

8 kedai sederet musnah dalam kebakaran

3 MEI: Lapan buah kedai sederet di Jalan Suara Muda di Kita Bharu hangus awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, lima premis tersebut hangus sepenuhnya manakala tiga daripadanya musnah di bahagian tingkat atas akibat kebakaran.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Husin Abdul Rahman berkata, sebanyak 40 pegawai dan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 1.02 pagi.

“Bomba menggunakan pelbagai jentera termasuk jentera air, kenderaan pacuan empat roda dan unit Fire Rescue Tender (FRT) untuk operasi tersebut.

“Kita terpaksa mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal kebakaran dan mengelakkan api daripada merebak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, punca dan jumlah kejadian masih dalam siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 10:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: