Kategori Berita Antarabangsa

8 maut 65 cedera selepas tadika diletupkan

16 JUN: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala hampir 65 cedera dalam letupan di sebuah tadika di timur China.

Menurut laporan media tempatan China tidak dinyatakan sama ada kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

Agensi berita rasmi Xinhua dan Weibo China berkata, ramai ibu bapa mengambil anak mereka ketika letupan berlaku pada jam 5 petang Khamis di berhampiran pintu masuk tadika di Xuzhou.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan siasatan awal polis menunjukkan letupan itu adalah tindakan jenayah dan seorang suspek sudah dikenal pasti.

Katanya, letupan itu berlaku di wilayah pesisir pantai Jiangsu pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan, ketika ramai ibu bapa datang untuk mengambil anak-anak mereka di sekolah.

Dua orang maut di tempat kejadian dan enam lagi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital.

Jumlah mangsa cedera pula meningkat kepada 65 orang, setakat jam 11 malam tadi waktu tempatan dengan lapan daripada mereka kritikal.

Letupan dan kemalangan lain sering berlaku di China yang tidak begitu menguatkuasakan undang-undang keselamatan walaupun kerajaannya berjanji untuk memperbaiki pemeriksaan bagi membendung kejadian seumpamanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 10:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: