Kategori Berita Antarabangsa

8 maut dalam tembakan rambang

29 MEI: Lapan terbunuh termasuk seorang Timbalan Sheriff apabila seorang lelaki bersenjata mengamuk dan melepaskan tembakan rambang ke arah beberapa kediaman selepas bertengkar dengan isteri dan mentuanya di pedalaman Mississippi.

Polis difahamkan, tembakan dilepaskan di tiga kediaman, dua di Brookhaven dan satu di Bogue Chitto, kira-kira 110 kilometer di selatan Jackson, Mississippi kata Biro Penyiasatan.

Kejadian amuk itu bermula selepas pihak berkuasa menerima panggilan mengenai satu pertengkaran keluarga, kata penyiasat.

Suspek, Willie Corey Godbolt, 35, sudah diberkas pihak berkuasa.

“Saya tidak layak hidup, terutama selepas apa yang saya lakukan,” kata suspek, sambil bergari kepada The Clarion-Ledger.

Mereka yang terbunuh termasuk dua kanak-kanak lelaki.

Godbolt sendiri turut dirawat di hospital akibat luka tembakan, kata pihak berkuasa.

Mereka bagaimanapun tidak mengatakan bagaimana dia tercedera.

Jurucakap Biro Penyiasatan, Warren Strain berkata pendakwaan belum difailkan dan masih terlalu awal untuk mengesahkan motif kejadian.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 May 2017 6:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: