Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

8 mayat runtuhan tanah belum dituntut

24 OKT: Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu belum dituntut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr M. Sukumar berkata Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang menerima 11 mayat dalam tempoh tiga hari lalu dan sehingga kini hanya tiga mayat telah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Dua mayat rakyat Indonesia iaitu Erwin Salis dan Hosrin Sharif dituntut keluarga masing-masing kelmarin manakala mayat rakyat Malaysia, Yuan Kuok Wern dituntut keluarganya, semalam.

Dr Sukumar berkata, Jabatan Forensik mengendalikan 11 post mortem ke atas mangsa-mangsa tanah runtuh dan setakat 6 petang semalam lapan mayat belum dituntut terdiri daripada tiga rakyat Myanmar, empat Bangladesh dan satu Pakistan.

Beliau berkata tempoh dua minggu akan diberi kepada anggota keluarga untuk menuntut mayat sebelum pihak hospital membuat iklan mencari waris.

Seramai11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan; empat Bangladesh; dua Indonesia; tiga Myanmar dan seorang Pakistan maut apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh.

Ketika kejadian pada pukul 8.57 pagi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan itu.- Bernama

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 9:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: