Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

8 pekerja kilang maut kemalangan 2 bas, van

24 OKT: Sekurang-kurangnya lapan pekerja kilang maut selepas dua bas dan sebuah van membawa kira-kira 30 penumpang terbabit kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru di Juru, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Maktar, berkata kemalangan kira-kira jam 6 pagi di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas satu daripada kenderaan gagal dikawal pemandunya.

“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Operasi mengeluarkan baki mangsa masih dijalankan.

“Seramai 32 anggota dan beberapa jentera JBPM negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu kerja mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.

Dua mangsa lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HSJ.

Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan cedera.

Difahamkan kesemua mangsa yang dihantar ke Hospital Seberang Jaya merupakan pekerja Sony dan Plexus.

Pasukan polis dan bomba kini di tempat kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2017 9:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: