Kategori Berita Antarabangsa

8 terbunuh pesawat tentera Cuba terhempas

30 APRIL: Lapan terbunuh selepas pesawat tentera Cuba terhempas di kawasan lereng bukit, di barat wilayah Artemisa, pagi semalam.

Tentera Cuba dalam kenyataannya berkata, pesawat AN-26 buatan Soviet itu berlepas dari lapangan terbang Playa Baracoa, berhampiran Havana pada 6.38 pagi (waktu tempatan), sebelum terhempas di Candelaria, kira-kira 65 kilometer dari lapangan terbang itu.

Berikutan itu, tentera menubuhkan satu suruhanjaya khas bagi menyiasat kejadian berkenaan. Ketika insiden berlaku, cuaca dilaporkan baik dan cerah.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kejadian.

Pada November 2010, sebuah pesawat AeroCaribbean dari Santiago menuju ke Havana terhempas dalam cuaca buruk ketika melalui kawasan tengah Cuba dan mengorbankan semua 68 penumpang, termasuk 28 warga asing.

Kejadian itu dianggap sebagai terburuk bencana udara paling dahsyat dalam tempoh dua dekad.

Sementara pada 1989, pesawat tempahan khas Cubana de Aviacion yang dalam penerbangan dari Havana ke Milan, Itali jatuh terhempas sebaik sahaja berlepas, mengorbankan 126 penumpang, termasuk puluhan lagi di lokasi kejadian. – AP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 8:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: