Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

8,000 kg gula,minyak masak habis dalam 90 minit

3 JUN: Bayangkan hanya dalam masa 90 minit, sebanyak 8,000 kilogram (KG) minyak masak dan gula rendah daripada harga pasaran, habis terjual pada program ‘Jualan Minyak Masak dan Gula Harga Rakyat’ di Besut, Terengganu.

Harga yang diletakkan adalah  RM2.00 bagi sekilogram minyak masak bungkus manakala gula dijual dengan harga RM2.50 sekilogram berbanding harga pasaran iaitu berharga RM2.50 (minyak) dan RM2.95 (gula).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof program sedemikian pertama kali dilaksanakan di negeri itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dengan harga yang murah.

Menurutnya, program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih dengan kerjasama agensi kerajaan berjaya menarik lebih 1,000 pembeli yang berkunjung di Pasar Tani di situ.

“Ekoran sambutan hangat, program ini akan dianjurkan pada seminggu sebelum sambutan hari raya serta ditambah dengan tepung gandum,” kata Pehimi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 June 2017 9:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: