Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mangsa banjir di Beaufort meningkat

17 FEB: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Beaufort meningkat sedikit pada Isnin kepada 2,418 orang setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa kini ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Banjir SabahParas air Sungai Padas pula meningkat kepada 9.20 meter berbanding 9.17 meter semalam iaitu melebihi paras bahaya, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.

Pagi ini Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Bagaimanapun di Tenom keadaan banjir sudah pulih dan semua pusat pemindahan telah ditutup.-bnbbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 10:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: