Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

850 terkandas gara-gara kereta kabel Langkawi rosak

18 FEB: Seramai 850 pengguna perkhidmatan SkyCab di Gunung Machinchang, Langkawi terkandas hari ini dipercayai akibat kerosakan teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata dalam kejadian 6 petang itu, seramai 16 anggota bersama tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal, seramai 50 orang terperangkap dalam gondola dan lebih 800 orang terkandas di stesen pertama di gunung itu.

“Sejurus tiba anggota bomba membantu kakitangan SkyCab untuk membawa peralatan dan alat ganti ke stesen pertama bagi tujuan membaiki kerosakan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mustakim, anggotanya dan kakitangan SkyCab perlu mendaki gunung untuk sampai ke stesen pertama bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Kerja-kerja membaik pulih dijangka mengambil masa antara dua dan tiga jam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2018 10:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: