Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PDRM jalani pelan pengukuhan empat tahun

1 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani pelan pengukuhan perkhidmatan yang bakal dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun akan datang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelan pengukuhan itu akan memberi penekanan kepada aspek peralatan dan keanggotaan di samping meningkatkan kemudahan di semua pondok polis, balai polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid
Menteri Dalam Negeri

Langkah penambahbaikan itu bagi memastikan PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan mengikut piawaian antarabangsa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, katanya.

“Saya akan membuat permohonan peruntukan secara one off untuk diberikan kepada PDRM demi menjaga kesejahteraan rakyat sesuai dengan polisi moden seperti termaktub dalam manifesto pilihan raya umum lepas,” katanya.

Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam yang mengalami kerosakan selepas dibaling bahan letupan dipercayai segumpal mercun bola pada 8 Februari lalu.

Zahid lawat balai kena bomKetika kejadian jam 4.50 pagi itu, empat anggota polis sedang bertugas namun tiada yang cedera.

Bagaimanapun kejadian itu mengakibatkan kerugian dianggarkan antara RM10,000 dan RM15,000.

Ahmad Zahid berkata walaupun balai polis itu mengalami kerosakan kecil tetapi ia memberi implikasi besar.

“Sepatutnya setiap pondok dan balai polis terletak di kedudukan dan lokasi serta kemudahan mengikut piawaian antarabangsa,” tegas Zahid.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata siasatan masih diteruskan bagi menjejak suspek yang melakukan perbuatan itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 March 2014 12:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: