Kategori Berita Utama

9 buah tangan dari PM kepada penjawat awam, pesara

4 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

Beliau berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan 1 lagi kenaikan gaji tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.

Selain itu beliau turut mengumumkan:-

2- Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.

3- Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).

4- Kerajaan bersetuju untuk menyambung kemudahan perubatan tu kepada ibu bapa dengan status warganegara yang memberi faedah kepada 42,867 ibu bapa pegawai.

5- Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.

6- Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).

7- 1% Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.

8- Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018

9.- Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.

Berhubung kenaikan satu peratus kadar pencen secara ‘one-off’, Najib sempat menyindir semua bakal menikmatinya termasuk individu yang berumur 93 tahun yang sedia maklum ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad.

“Manfaat ini akan diterima oleh semua pesara termasuk pesara yang berumur 93 tahun itu juga akan menerima juga,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan kuota khas haji untuk golongan pesara kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut akan ditentukan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota oleh Arab Saudi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2018 11:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: