Kategori Berita Utama

9 Jun perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap KJ

3 MAC : Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 9 Jun untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pesuruhjaya Kehakiman S M Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan J Leela mewakili Anwar, dan peguam Jeffery John mewakili Khairy.

Mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun untuk perbicaraan manakala 27 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

KJ masih di depan dalam persaingan merebut kerusi nombor 1 Pergerakan Pemuda setakat 7.30 malam

Kes ketika KJ Naib Ketua Pemuda 

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Pada 25 November tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Khairy bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu ke mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober tahun lalu, yang menolak permohonan Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau untuk meminda pembelaannya dalam kes saman itu. – BERNAMA

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2014 1:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: