Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

9 lagi ditemui selamat di Ulu Segama

27 JUN: Sembilan lagi mangsa yang hilang di Hutan Simpan Ulu Segama, dekat Lahad Datu ditemui, tengah hari tadi.

Semua mangsa ditemui pada jam 1.20 tengah hari di kawasan hutan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini dalam proses membawa keluar semua mangsa dari kawasan hutan simpan itu.

“Semua mangsa selamat. Proses membawa keluar semua mangsa masih dilakukan,” katanya hari ini.

Rabu lalu, lima penduduk dari Kampung Paris 1, memasuki hutan berkenaan untuk menangkap ikan, namun gagal dihubungi sebelum sembilan lagi penduduk masuk ke hutan itu pada Jumaat untuk mencari mangsa.

Lima mangsa pertama ditemui penduduk di Kampung Balat, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 4:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: