Kategori Berita Antarabangsa

9 mati dalam serangan gereja di Mesir

29 DIS: Sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan melepaskan tembakan ke arah gereja Kristian Koptik di selatan Kaherah hari ini yang mengorbankan sembilan orang, termasuk tiga anggota polis.

Agensi berita MENA yang memetik sumber keselamatan berkata dua penyerang melepaskan tembakan ke arah pintu masuk gereja Mar Mina di daerah Helwan, yang dikawal polis sebelum sambutan Hari Natal Ortodoks minggu depan.

Orang ramai berkumpul di perkarangan gereja Kristian Koptik di Kaherah.

Seorang daripada penyerang ditembak mati pasukan keselamatan dan seorang lagi berjaya ditahan.

Kementerian Kesihatan Mesir berkata selain lelaki bersenjata yang maut, sembilan yang lain terkorban, manakala lima cedera, termasuk dua wanita yang parah.

Media tempatan berkata, penyerang yang maut memakai tali pinggang letupan dan dua bom lain dimatikan berhampiran gereja.

Polis meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar gereja sebelum sambutan Hari Natal Koptik 7 Januari depan, mengerah pegawai polis di luar rumah ibadat serta memasang pengesan logam di beberapa gereja besar.

Penganut Koptik Kristian Mesir mewakili 10 peratus daripada 93 juta penduduk negara itu.

Sekutu militan Daesh di Mesir membunuh puluhan penduduk Kristian dalam pengeboman dan tembakan di gereja sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum ini Daesh mengaku melakukan pengeboman nekad gereja pada Disember 2016 diikuti pengeboman dua gereja di utara ibu kota itu pada April lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2017 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: