Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

9 teras manifesto diumum PAS untuk Gagasan Sejahtera

12 MAC: Sembilan teras dijadikan dasar manifesto gerakan Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Manifesto tersebut bakal diperkenalkan Presiden PAS yang juga Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Syarahan Perdana di Cyberjaya pada 18 Mac ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manifesto itu diharap mampu menarik sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan peringkat umur.

“Kita harap tawaran ini mampu menarik sokongan rakyat termasuk pengundi bukan Muslim. Sasaran utama Gagasan Sejahtera pada PRU-14 adalah golongan belia yang berusia 40 tahun dan ke bawah.

“Ini kerana mereka kini berdepan isu besar seperti kos sara hidup, perumahan, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain. PAS meletakkan isu ini asas kepada pembinaan manifesto dengan memberi penekanan khusus kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media pelancaran manifesto Gagasan Sejahtera di ibu pejabat PAS di Ibu Negara hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Naib Presiden, Idris Ahmad; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Antara sembilan teras itu adalah pembentukan sebuah kerajaan berintegriti, beramanah dan bebas korupsi; penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu rakyat dan meredakan kesan peningkatan inflasi serta kenaikan kos sara hidup.

Teras lain termasuklah pengurangan jurang agihan pendapatan di bandar dan luar bandar; peningkatan kualiti pendidikan; sistem perundangan dan tadbir urus berlandaskan syariah.

Tiga lagi teras yang menjadi keutamaan adalah mengembalikan hak-hak kerajaan negeri, pemerkasaan suara rakyat dan penambahbaikan sistem sokongan sosial.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Gagasan Sejahtera tidak mempunyai masalah dalam pengagihan kerusi dan mendapat sokongan penuh daripada semua parti komponen.

“Saya maklumkan tiada masalah dalam pengagihan kerusi malah mendapat bantuan daripada rakan-rakan dalam blok ini. Sehingga kini sudah 70 peratus kerusi ditetapkan selePAS persepadanan semula kawasan diluluskan Parlimen.

“Penetapan ini melibatkan sekurang-kurangnya 130 kerusi meliputi seluruh negara sama ada Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: