Kategori Berita Utama

Polis siasat Al-Quran dibuang dalam mangkuk tandas

4 MAC: Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah al-Quran dan kitab lain, termasuk ada yang dibuang ke dalam mangkuk tandas, pada Selasa.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan buku Yasin milik masjid berkenaan didapati dibuang di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, selepas dikoyak-koyakkan.

Kejadian disedati oleh anggota Skim Ronda Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan ketika membuat rondaan di masjid berkenaan.

Mereka kemudian membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui pemberita mengesahkan sudah menerima laporan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Katanya, perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik yang didatangkan dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Kuala Terengganu.-bnbbc.my

Kompilasi Al-Quran dibuang

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 March 2014 12:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: