Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah: 92 ahli politik disiasat SPRM

13 MAC: Seramai 92 ahli politik dari Barisan Nasional dan pembangkang disiasat kerana rasuah antara 2013 hingga 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata demikian selepas Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan dwi-standard terhadap ahli politik pembangkang.

Paul berkata 71 orang yang disiasat daripada Barisan Nasional (BN) dan selebihnya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau berkata siasatan dijalankan bawah Akta SPRM 2009.

Guan Eng dalam soalannya berkata SPRM membocorkan maklumat siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang tetapi membuat laporan polis selepas butiran siasatan ke atas seorang exco Johor disiarkan dalam talian.

Paul berkata, kes terowong dasar laut Pulau Pinang diterbitkan oleh media dan laporan itu tidak berdasarkan dokumen siasatan SPRM, tetapi laporan polis dibuat dalam kes exco Johor kerana kebocoran melibatkan maklumat sulit.

Semalam, Guan Eng membidas beberapa media kerana menerbitkan gambarnya dengan seorang ahli perniagaan, yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa menerima RM19 juta untuk menutup siasatan rasuah ke projek terowong dasar laut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 10:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: