Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

95 keluarga mangsa banjir di Mersing, Kota Tinggi

2 JAN: Sebanyak 352 mangsa banjir daripada 95 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kawasan terjejas banjir di Mersing ialah Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Beliau berkata di Kota Tinggi, kawasan terjejas ialah Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

“Tujuh PPS dibuka di Mersing yang menempatkan 319 orang melibatkan 87 keluarga iaitu Balai Raya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan Air Papan, Sekolah Kebangsaan Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Balai Raya Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah,” katanya dalam kenyataan.

Ayub berkata dua PPS dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Surau Sungai Buntu yang menempatkan 33 orang daripada lapan keluarga.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 January 2018 9:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: