Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

2 mati, satu kritikal dalam kemalangan bas sekolah

30 JAN: Seorang murid perempuan berusia sembilan maut selepas bas sekolah dinaiki merempuh sebuah lori dalam kemalangan berhampiran Ladang Sebubu, Bintulu hari ini.

Dalam kejadian jam 6.12 pagi itu, bas sekolah berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang lori bermuatan besi paip di bahu jalan.

Pemandu bas, Ramnelan Samat, 50, mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, manakala penumpangnya, Nurnadia Syakila, 9, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Empat lagi murid sekolah yang turut menaiki bas berkenaan turut cedera, dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili dilaporkan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama menuju ke pusat bandar Bintulu sebelum bas sekolah itu merempuh bahagian belakang lori terbabit,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 12:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: