Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Abd Latif Bandi, anak mengaku tidak bersalah

14 JUN: Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua yang lain berdepan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001 membabitkan nilai lebih RM35.78 juta di Johor Bharu, hari ini.

Abd Latif,51, didakwa secara berasingan bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim Abd Latif Bandi, 25, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, berdepan 21 pertuduhan secara keseluruhan.

Mengikut kertas pertuduhan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa sebanyak 13 pertuduhan membabitkan nilai RM17, 590,890 juta.

Sementara anaknya, Ahmad Fauzan berdepan empat pertuduhan dengan nilai RM735,000 dan Amir turut berdepan empat pertuduhan dengan nilai suapan RM17,455,000 juta.

Kesemua mereka tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Hakim.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Asnawi Abu Hanifah.

Abd Latif dan anaknya diwakili peguambela Datuk Hasnal Rezua Merican, Affifuddin Ahmad Hafiffi, Abdul Rahim Ali, Ibrahim Haiqal Razak dan pelatih dalam kamar, Syufri A Samad manakala Amir diwakili Azrul Zulkifli Stork.

Hakim menetapkan jaminan RM500,000 ke atas Abd Latif, Ahmad Fauzan RM200,000 dan Amir sebanyak RM400,000 dan kes sebutan semula 5 Julai depan.

Padi 19 April lalu, Abd Latif bersama Amir mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta yang diterima daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi beberapa projek.

Pada awal Mac lalu SPRM telah menahan enam individu termasuk anak Abd Latif dan pegawainya sebelum mereka dibebaskan selain menyita wang tunai RM41,000; sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan 150 beg tangan pelbagai jenama hasil penggeledahan sebuah kediaman Abd Latif di bandaraya ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2017 12:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: