Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Irmohizam antara tujuh dilantik JK Khas SPRM

Ahli BNBBC yakni Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Imorhizam Ibrahim adalah antara tujuh yang terima surat cara lantikan sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Yang Dipertuan Agong di Istana Negara Ismin .

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Shukri Abdull.

Mendahului senarai ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi jawatankuasa, diikuti Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Doris Sophia Brodi dan Anggota Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.

irmohizam

Tiga lagi ialah anggota Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman; Anggota Parlimen Kota Baharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Anggota Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor turut menerima surat cara pelantikan itu.

Abu Zahar merupakan muka baharu yang dilantik mengetuai jawatankuasa itu selain empat yang lain iaitu Irmohizam, Fauzi, Takiyuddin dan Mohamad Ezam.

Doris Sophia dan Tan pula dilantik semula.

abuzahar

Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016.

Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan Seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati perdana menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. 28/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2013 12:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: