Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ada senarai dilarang masuk Sarawak

1 APRIL : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata isu sama ada presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dibenarkan memasuki Sarawak baru-baru ini sudah tidak lagi relevan.

“Tapi, beliau (Ibrahim) akan tahu apa yang akan berlaku pada lain kali sekiranya dia datang ke Sarawak,” kata Adenan dalam sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Adenan, dalam kenyataan yang disiarkan baru-baru ini, berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menghalang petaksub agama, rasis dan pembuat kacau daripada memasuki Sarawak, manakala mereka yang sudah berada di negeri ini akan dihantar pulang sekiranya mereka mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

adenan1

Adenan

Beliau menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri membenarkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Sarawak kerana terdapat tekanan antarabangsa.

“Kami membenarkan beliau masuk kerana kami tidak takut kepadanya,” katanya.

Adenan juga berkata, kerajaan negeri mempunyai senarai nama mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Jabatan Imigresen negeri menafikan laporan bahawa Ibrahim memasuki Sarawak baru-baru ini, walaupun terdapat dakwaan beliau berada di negeri ini dan dilaporkan merasmikan satu acara anjuran Perkasa Sarawak serta melakukan lawatan kerja ke Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Satok, Petra Jaya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2014 11:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: