Kategori Berita Utama

Adakah Guan Eng dan suspek SPRM naik uber bersama?

18 MAC: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung
foto terbaharunya bersama seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang masih di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata Guan Eng tidak boleh memberi alasan beliau mengambil gambar dengan ramai orang seperti yang didakwanya ketika gambar pertamanya bersama ahli perniagaan itu tular di media sosial.

“Guan Eng, Jangan buang masa lagi dan sila cakap perkara sebenar.

“Bukan sebarang individu boleh duduk di dalam kereta bersama Ketua Menteri dan mengambil gambar bersama,” katanya dipetik.

Foto berkenaan dikongsi di Facebook oleh seorang netizen yang menunjukkan Guan Eng dan ahli perniagaan terbabit dalam sebuah kereta yang dipercayai dirakam pada Ogos tahun lalu.

Turut mendesak Setiausaha Agung DAP itu adalah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang melihat keintiman kedua-duanya dalam foto berkenaan.

“Bagaimana mereka boleh berada bersama di dalam kenderaan yang sama? Adakah mereka mengambil perkhidmatan Uber bersama? Guan Eng perlu jawab soalan ini kerana ia amat serius.

“Guan Eng juga tidak boleh lagi menunjukkan gambar Datuk Seri berkenaan dengan orang lain, beliau perlu jelaskan kepada rakyat,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Pejabat Ketua Menteri menafikan Guan Eng mengenali secara dekat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berkenaan.

Ahli perniagaan berumur 38 tahun itu adalah individu yang ditahan SPRM pada akhir bulan lalu bagi membantu siasatan menerima wang berjumlah RM19 juta untuk menutup siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 6:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: