Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Adakah Najib tahanan politik?

17 MEI: Rakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang mengambi masa lama dalam menjalankan proses penggeledahan di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Jalan Langgak Duta semalam.

Abdul Rahman Abdul Rahim, 65, berkata, beliau sepatutnya menziarahi bekas Presiden UMNO di rumah itu namun dihalang oleh anggota polis yang bertugas.

“Jadi saya ingin bertanya dengan pihak polis berapa masa lagi akan diambil dalam menjalankan siasatan?

“Dengan keadaan seperti ini saya melihat adakah Najib ini seolah-olah menjadi tahanan politik dalam rumah oleh Tun Dr Mahathir?,” katanya dipetik Utusan Online.

Semalam, sepasukan polis dengan menaiki lebih daripada 10 buah kereta berserta sebuah trak tiba di rumah Najib.

Kediaman Najib kemudiannya digeladah selepas beliau pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 1:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: