Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Adakah pembangkang bayar media asing fitnah PM?

14 MAC: Ketua Wanita UMNO,Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menimbulkan persoalan sama ada pembangkang membayar media luar negara yang didakwa menyiarkan laporan fitnah ke atas perdana menteri dan kerajaan Persekutuan.

“Merujuk kepada media asing yang menerbitkan berita palsu mengenai keadaan sebenar politik dan ekonomi di dalam negara, adakah mereka ini dibiayai untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Najib Razak dan BN?

“Dan memandangkan pilihanraya umum sudah semakin hampir, adakah pembangkang merupakan pihak yang membayar media terbabit kerana ingin mempengaruhi keputusan pilihanraya nanti?,” katanya dalam program anjuran Wanita UMNO di Jempol, Rabu.

Majlis yang berakhir jam 6 petang tadi dihadiri lebih 1,000 hadirin yang terdiri akar umbi parti serta masyarakat setempat,

Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Jempol, Senator Datuk Mohd Salim, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Cik Hasnah Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shamsulkahar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 9:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: