Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Adam dijangka berdepan 6 pertuduhan

21 APRIL: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta untuk pendakwaan tuduhan memberi dokumen dan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam dibawa dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi melalui pintu tepi kompleks mahkamah.

Pada 9.25 pagi, dia yang diiringi pegawai SPRM dibawa masuk ke bilik Mahkamah Sesyen 14 untuk pendakwaan.

Beliau turut diiringi anggota keluarga termasuk isterinya.

Difahamkan, Adam berdepan enam tuduhan dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Seksyen 32 (8) (c) adalah berkenaan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan manakala Seksyen 89 adalah berhubung memalsukan sesuatu dokumen.

Kedua-dua kesalahan membawa denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Adam ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan membabitkannya pada 13 April lalu.

Dia direman sejak tarikh itu bagi membantu siasatan kes.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 11:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]