Kategori Berita Utama

Adenan terus merendah diri

14 FEB: Tan Sri Adenan Satem terus bersikap merendah diri selepas diumum sebagai Ketua Menteri Sarawak menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Adenan muncul kali pertama mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan ke SMK Lundu di Tanjung Datu, psgi Jumaat.

Beliau langsung tidakmenyentuh mengenai pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang kelima dalam ucapannya yang memang dinanti banyak pihak kerana Menteri Tugas Tugas Khas itu belum memberikan ulasan mengensi pelantikan beliau ysng diumumkan Taib kelmarin.

Sebaliknya, Adenan merakamkan terima kaseh kepada Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kerana membangunkan Lundu sebagai destinasi eko-pelancongan.

adenansatem

Adenan

Johari, juga dalah timbalan presiden PBB dan disebut-sebut sebagai salah seorang pengganti berpotensi untuk menggantikan  Taib selain Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

 Adenan menggambarkan penduduk berbilang kaum di Lundu sebagai contoh perpaduan dan keharmonian.

“Selama beratus-ratus tahun, kita telah hidup dalam suasana harmoni di sini dengan orang Bidayuh, Cina, Selako, Iban dan Melayu tanpa masalah perkauman. Orang lain harus menjadikan kita sebagai contoh,” kata Adenan.

“Terdapat banyak perkahwinan campur di sini, yang menunjukkan toleransi adalah sangat tinggi. Bagi orang luar, mereka kadang-kadang tidak boleh membezakan (etnik) di sini, sehinggalah kita membuka mulut kita untuk bercakap,” ujar beliau.

Adenan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri dijangka mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri pada 28 Februari ini serentak dengan peletakan jawatan Taib.
Beliau mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik dengan memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.
Pemimpin yang menerima pendidikan undang-undang di Australia ini juga pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2014 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: