Kategori Berita Utama

ADUN Batu Buruk buat hal di Lobi Parlimen

Itu betul-betul mahu cari publisiti murah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad sanggup ke Parlimen semata-mata hendak adakan sidang media isu-isu di Terengganu.

kecohburuk

pihak keselamatan Parlimen menjelaskan kepada Syed Azman peraturan tidak membenarkan orang luar buat sidang media di Lobi Parlimen

Beliau cuba mengadakan sidang media di Lobi Parlimen bersama-sama ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, pagi Selasa.

Bagaimanapun, Syed Azman ditegur pihak keselamatan dengan memaklumkan tempat sidang media itu hanya dikhususkan kepada ahli-ahli Parlimen.

Namun Kamaruddin bertegas menyatakan, Syed Azman adalah tetamunya dan minta dibenarkan mengadakan sidang media bersama beliau dan Kamarrul Bahrin.

Setelah ditegaskan pihak keselamatan mengenai peraturan itu, Kamaruddin akur dan Syed Azman bangun daripada kerusi di ruang sidang media tersebut.

Dua ahli Parlimen itu kemudian meneruskan sidang media dengan membangkitkan beberapa isu berkaitan Terengganu termasuk isu runtuhan bumbung stadium dan masjid di negeri itu.

Kejadian terbaru itu terus jadi rungutan pihak media kerana masih ramai ahli-ahli kecohburuk1Parlimen tidak mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa ruang sidang media itu eksklusih untuk ahli Parlimen sahaja.

Syed Azman baru-baru ini mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram Blackout 505, di Padang Merbuk Jun lalu. – 1/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 October 2013 5:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: