Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN Batu Tiga nafi mengadap Sultan Selangor

3 MEI: ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail menafikan bahawa beliau adalah antara delegasi empat wakil rakyat PKR bersama dua ADUN lain mengadap Sultan Selangor hari ini bagi menarik balik sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

“Ada yang sebarkan fitnah kata saya di antara empat ADUN yang akan sertai PAS dan UMNO!

“Salah orang lah. Saya tetap kekal dgn PKR-Pakatan Rakyat,” tulis Rodziah di Twitter, Rabu.

Sebelum ini terdapat spekulasi melalui WhatsApp yang mendakwa dua ADUN bebas dan empat ADUN PKR adalah sebahagian daripada delegasi untuk mengunjungi Istana Sultan Selangor pada pukul 2 petang tadi.

Namun di Selangor hanya terdapat seorang ADUN bebas iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Pelabuhan Klang).

“Rejim Azmin Ali sudah ditumbangkan. Jika DUN tidak dibubarkan maka kerajaan campuran baru yang terdiri daripada PAS, wakil bebas dan BN akan dibentuk,” antara kandungan mesej yang dipercayai palsu.

Mesej yang tersebar itu juga menyenaraikan ADUN Sementa, Dr Daroyah Ali, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari sebagai sebahagian daripada delegasi.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kesahihan mesej berkenaan.

Sebelum itu, EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong  dalam satu sidang media pada pagi tadi menafikan kemungkinan negeri itu akan mengadakan pilihan raya awal.

ADUN Bukit Lanjan itu juga dilaporkan berkata spekulasi bahawa empat ADUN PKR akan melompat parti juga tidak betul.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 8:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: