Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN BN keluar DUN protes kerajaan P.Pinang

14 NOV:  Wakil rakyat BN Pulau Pinang bertindak meninggalkan sidang DUN hari ini sebagai protes terhadap tindakan kerajaan negeri meminda usul dibawa wakil mereka.

Terdahulu ADUN Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad mengusulkan supaya semua pembangunan di lereng bukit dihentikan serta-merta sehingga pemaju menyediakan pelan penguraian air serta pengukuhan tanah.

Bagaimanapun, usul itu dipinda Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengesa Kerajaan Persekutuan berkerjasama dengan kerajaan negeri dengan menubuhkan jawatankuasa bersama menangani implikasi perubahan iklim.

Mengulas hal itu, Farid berkata ini adalah kali kedua kerajaan negeri menggunakan kuasa majoriti meminda usul dibawa ADUN BN.

“Mereka gunakan peraturan dewan untuk tidak membahaskan usul kerana selepas dipinda, cadangan itu menjadi idea mereka.

“Sebenarnya, kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka babitkan Kerajaan Persekutuuan sedangkan semua kelulusan pembangunan di bawah mereka,” katanya di Georgetown hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata permainan politik kerajaan negeri disifatkan tidak sihat.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 7:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]