Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Adun Chenderiang dinamakan Exco Perak

Kekosongan kuota MCA bagi kerusi Exco kerajaan Perak kemungkinan diisi  Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

mahhangsoon

Mah…dijangka wakil tunggal MCA dalam Exco Perak

Menurut beliau,pihaknya telah bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menyerahkan nama Hang Soon selepas menangguhkan keputusan itu hampir enam bulan kerana berpegang kepada resolusi yang dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan 2011 dan 2012.

Menurut beliau, mereka tiada pilihan memandangkan hanya Hang Soon berjaya mempertahankan kecemerlangannya daripada 14 kerusi yang diperuntukkan di Perak pada PRU13 lalu.

“Kita ada satu sahaja calon, suka atau tidak, kita mesti calonkan Dr Mah (Hang Soon). Ini betul-betul nasib baik,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen MCA Perak, Ahad.
Beliau berkata, berkaitan dengan beberapa jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan atau negeri, menurut tradisi, kepimpinan MCA negeri yang akan membuat keputusan muktamad sebelum dihantar kepada kerajaan negeri.

Katanya, apa yang diharapkan pemimpin yang dilantik akan berkhidmat bersungguh-sungguh dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memastikan sokongan mereka berpihak kepada MCA pada PRU14 nanti.

Sebelum ini, MCA tetap dengan pendirian enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berikutan prestasi buruknya pada PRU13 lalu.

Bagaimanapun, pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA baru-baru ini, perwakilan parti itu menerima dua resolusi yang membenarkan ahli menerima jawatan selain Kabinet seperti Senator, syarikat berkaitan kerajaan, kerajaan negeri dan ketua kampung. -18/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2013 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: