Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN DAP diarah keluar dewan

4 DIS: Wakil rakyat DAP diarah keluar daripada Sidang Dewan Negeri Johor susulan mengganggu sesi Rundingan Perbekalan Tambahan.

Speaker, Tan Sri Mohamad Aziz membuat keputusan itu ke atas ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin mengikut Perkara 50 Peraturan dan Perintah Tetap.

Terdahulu, Hong Pin (foto) dilaporkan mencelah ketika dewan bersidang sebagai jawatankuasa bagi membacakan Rundingan Perbekalan Tambahan.

Beliau bertindak demikian kerana mahu menyatakan rasa tidak puas hati dengan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin berhubung isu air.

Berikutan itu berlaku kekecohan sebelum Hong Pin diminta keluar dari dewan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 5:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: