Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN Gunung Semanggol mungkin digugur

1 APRIL: Setiausaha PAS Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan berkemungkinan tidak akan dicalonkan bagi mempertahankan kerusi DUN Gunung Semanggol pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata penyandang kerusi itu kini separuh lumpuh dan memerlukan rawatan rapi.

“Walaupun tahap kesihatannya beransur baik namun, kita nampak beliau tiada potensi untuk bertanding dalam masa terdekat,” katanya di Ipoh, Sabtu.

Razman berkata demikian selepas melancarkan Manifesto PAS Perak bagi menghadapi PRU14.

Pada 13 Feb lalu, Zawawi (foto) dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas ditemui tidak sedarkan diri.

Beliau dikatakan terjatuh di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Tebuk Panchur, Gunung Semanggol.

Selepas sebulan menjalani rawatan, Zawawi mula menunjukkan tanda pemulihan yang positif walaupun masih tidak mampu bertutur.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2018 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: