Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN Lenggeng meninggal dunia akibat serangan jantung

19 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi.

Ishak, 66, dikatakan rebah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tanjung sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Bagaimanapun, bekas Ketua UMNO Bahagian Seremban itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam.

Difahamkan jenazah beliau akan di bawa ke kediaman kakaknya di Taman Rashidah Utama, Paroi.

Kematian Allahyarham disahkan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hassan Malek sambil memaklumkan jenazah Allahyarham masih berada di hospital terbabit.

Sementara itu, ADUN Pertang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO Negeri Sembilan kehilangan kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada parti.

Beliau berkata, Allahyarham adalah sahabat baik dan menghargai pengorbanannya yang sudah lama berjuang kepada negeri dan parti.

Ishak dipilih sebagai ADUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila menang majoriti 2,058 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Allahyarham meraih 7,170 undi diikuti calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar, 5,112 undi manakala Zulkifli Abdullah dari Bebas, 812 undi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 July 2017 1:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: