Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN MCA Gurun angkat sumpah jadi Exco Kedah

20 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong, menjadi pemimpin pertama MCA menerima jawatan dalam kerajaan apabila selasai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Kedah di Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis.

Dr. Leong yang juga Timbalan Pengerusi MCA negeri, mengangkat sumpah sebagai Exco bagi mengisi kuota yang disediakan untuk wakil MCA di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dr Leong Adun GurunBeliau dijangka memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan.

Pada Rabu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri bersetuju melantik Dr. Leong sebagai Ahli Exco yang kesembilan.
“Nama ADUN Gurun telah dicadangkan kepimpinan MCA Pusat dan dipersetujui Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Waves of English di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, semalam.
Selain Dr. Leong, Kedah mempunyai seorang lagi ADUN daripada MCA iaitu ADUN Kulim, Chua Thiong Gee.
Namun Mukhriz mengesahkan hanya satu jawatan Exco untuk ADUN yang mewakili masyarakat Tionghua, sementara satu lagi akan dibiar kosong.

MCA EGMBerikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, mesyuarat agung parti itu sebelum ini melarang anggotanya memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Namun pada 20 Oktober tahun lalu, resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu pula membenarkan anggotanya menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Manakala dalam satu lagi EGM pada 23 Februari tahun ini, perwakilan MCA perwakilan pusat meluluskan resolusi untuk parti itu menerima jawatan kerajaan di semua peringkat.

Seramai 1,973 daripada 1,982 atau 99.5% yang hadir pada EGM di Wisma MCA pada Ahad itu mengundi untuk ketetapan itu dengan mengangkat tangan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 10:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: