Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Adun PKR enggan minta maaf, salahkan UMNO isu kangkung

22 JAN: “Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri sebagai seorang Melayu tidak rasa terhina dengan simbolik kangkung malah anggapnya sebagai tindak balas kepada isu kenaikan harga barang yang dirasai semua kaum,” kata Lee Khai Loon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Machang Bubuk, Pulau Pinang.

Itu alasan beliau yang enggan memohon maaf di atas tindakan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana disarankan Penasihat DAP Lim Kit Siang pada petang Selasa.

Kit Siang dalam satu kenyataan mendesak Khai Loon memohon maaf kerana beliau sendiri merasa tersinggung dengan cara yang digunakan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu yang disifatkan agak keterlaluan, kasar dan tidak sensitif.

TINDAKAN KONTROVERSI Khai Loon menghina pemimpin negara inilah yang sebenarnya menyinggung ramai pihak dan menimbulkan kemarahan namun beliau menuduh UMNO yang mahu cetus kekacauan.

TINDAKAN KONTROVERSI Khai Loon menghina pemimpin negara  menyinggung ramai pihak.

Kit Siang berkata Lee perlu mempertimbangkan permohonan maaf itu bagi mengelak kumpulan ekstremis menjadikan insiden tindakannya itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu..

Khai Loon bagaimanapun berdegil dan mmengulangi dakwaan objektifnya berbuat demikian bagi menagih keprihatinan Najib untuk memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan tidak bertujuan menghina sesiapa, termasuk perdana menteri.

Pemimpin muda PKR itu sebaliknya menuding jari menyalahkan UMNO yang sengaja mahu mencetuskan kekacauan.

“Saya amat berterima kasih kerana Kit Siang beliau tetapi saya juga amat marah dengan tindakan UMNO dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus.”

“Saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan UMNO, mereka adalah pencetus kepada apa yang berlaku baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Selasa sebagai reaksi kepada desakan DAP ke atas beliau.-bnbbbc.my

Lee Khai Loon ADUN PKR Machang Bubuk dan juga Ketua Penerangan AMK

Lee Khai Loon
ADUN PKR Machang Bubuk dan juga Ketua Penerangan AMK

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2014 11:31 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: