Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ADUN Senai diarah keluar

27 NOV: Wakil rakyat DAP, Wong Shu Qi, diarah keluar daripada Persidangan Dewan Negeri Johor selepas enggan menarik balik kenyataan yang dikeluarkan ketika membahaskan ucapan Bajet Johor 2018 pada sesi pagi tadi.

Speaker, Tan Sri Mohamad Aziz, membuat keputusan itu ketika persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang tadi.

“YB Senai, kita ada peraturan yang perlu dipatuhi. Kita ahli DUN jika tidak mahu tarik balik, ini bercanggah dengan peraturan.

“Jadi, saya menggunakan kuasa yang ada pada saya untuk mengarahkan YB Senai keluar Dewan sekarang juga,” katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan ucapan Bajet Johor 2018, pada sesi pagi, Shu Qi (foto) mengeluarkan kenyataan dipetik daripada sebuah laman web yang mendakwa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menerima sejumlah wang berkaitan isu perumahan pada Mac lalu, sekali gus menuntut penjelaskan terhadap tuduhan itu.

Tindakan itu menyebabkan Dewan kecoh hampir 20 minit apabila lebih 10 wakil rakyat BN meminta Shu Qi menarik balik kenyataan itu, namun beliau enggan dan mendakwa kenyataan itu bukan tuduhan semata-mata.

Speaker membuat keputusan mengarahkan Shu Qi keluar berlandaskan Perkara 46 (4) Peraturan dan Perintah Tetap bagi Dewan Negeri Johor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2017 5:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: