Kategori Berita Utama

AG mahu kes rasuah bekas pegawai menteri disiasat rapi sebelum dakwa

6 FEB: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis menafikan bekas setiausaha politik dan pegawai khas menteri tidak dituduh di mahkamah berhubung dakwaan rasuah kerana ada campurtangan politik.

Sebaliknya, menurut Abdul Gani, beliau mengarahkan siasatan lanjut dan rapi dijalankan ke atas kes berprofil tinggi berkenaan sebelum kedua-dua suspek dihadapkan ke mahkamah.

AG abdulganipatail

Abdul Gani nafikan ada campurtangan politik dalam kes rasuah dan penipuan dua bekas pegawai kanan menteri.

Beliau turut meminta semua pihak memberi masa kepada SPRM menjalankan siasatan lebih terperinci untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan pendakwaan tidak gagal apabila dibicarakan di mahkamah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk, dan pengarah sebuah daripada yayasan yang diketuai oleh Datuk berkenaan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Abdul Gani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, di Putrajaya, hari ini.

Panel berkenaan pada 3 Februari lalu mengeluarkan kenyataan melahirkan kebimbangan mengenai spekulasi dalam media berhubung dua bekas pegawai seorang menteri Kabinet yang belum didakwa di mahkamah seperti yang diumumkan.

“Sebagai sebuah panel bebas, kami berasa bimbang tentang perkembangan ini kerana ia boleh menimbulkan spekulasi atau tanggapan mengenai campur tangan luar,” kata Pengerusinya, Datuk Johan Jaaffar.

Dalam kenyataan itu, panel berkenaan menarik perhatian bahawa ia dengan tegas berpendapat bagi menampakkan ketelusan, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung punca kelewatan dua bekas pegawai kanan menteri itu didakwa-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2014 1:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: