Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Agihan kerusi BN Johor ikut formula PRU13

5 MAC: BN Johor menafikan berlaku masalah agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) antara UMNO dan parti komponen di negeri itu.

Sebaliknya Setiausahnya, Datuk Md Jais Sarday berkata kesemua pengerusi parti komponen negeri sudah mencapai kesepakatan.

“Kita masih berpegang pada agihan lama agihan kerusi pada PRU13 dan setakat ini tidak ada pertukaran dan saya juga jangkakan tiada perubahan,” kata beliau selepas mesyuarat BN Negeri di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru, hari ini.

Sebelum ini laporan Sinar Online memetik Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md Othman Yusof yang mahukan kerusi Parlimen Tanjung Piai digilirkan kepada UMNO pada PRU kali ini.

Kerusi berkenaan dipegang oleh MCA sejak lima penggal lalu dan kini disandang oleh Datuk Seri Wee Jeck Seng.

Selain itu, jika mengikut pembahagian kerusi PRU13, parlimen Gelang Patah yang dipinjamkan oleh MCA kepada UMNO akan dipulangkan kembali.

Dalam pilihan raya berkenaan, calon parti keramat itu iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman tewas kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu Md Jais yang juga ADUN Mahkota berkata kesiapsiagaan semua parti BN kini pada tahap lebih 90 peratus.

Tambahnya, BN Johor akan mengadakan program gerak gempur di 20 kawasan Parlimen bulan ini bagi mendekati anak-anak muda.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2018 11:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: