Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Agihan kerusi PH Selangor selesai

16 APRIL: Agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor sudah dimuktamadkan.

Bagimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan enggan mengulas lebih terperinci cara pengagihan yang sebelum ini berdepan konflik perebutan kalangan parti komponen.

“Kita tunggu penamaan calon atau mungkin esok atau lusa, kita umumkan calon.

“Apa yang penting, pembahagian kerusi sudah selesai,” kata Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, pengarah pilihan raya negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata pengagihan kerusi sudah dimuktamadkan sejak dua hari lalu.

“Ia termasuk enam kerusi yang menjadi perbalahan antara parti dan kita akan umum pada 25 atau 26 April depan.

“Semua calon ada muka baharu dan lama dan ada juga yang lompat dari DUN ke Parlimen, tetapi parti yang akan tentukan,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 9:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: